fbpx

Dewan Rakyat: 28 aduan dera, seksual dalam industri sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merekodkan 28 aduan berkaitan penderaan dan “sexual grooming” (antunan seksual) dalam industri sukan negara antara tahun 2023 hingga 2024.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, dua aduan masing-masing membabitkan penderaan dan antunan seksual sudah diselesaikan, manakala empat kes berkaitan masih aktif.

“Sebanyak 16 daripada 28 aduan berjaya diselesaikan membabitkan empat kes buli, tiga kes penderaan mental, dua kes masing-masing penderaan seksual, antunan seksual, penderaan fizikal dan ugutan manakala satu kes pengabaiaan.

“Sebanyak 11 kes masih lagi aktif merangkumi aduan seperti penderaan seksual (empat), pengabaian (tiga) dan dua kes masing-masing penderaan mental dan penderaan fizikal,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat semalam.

Hannah berkata, bagi memperkasakan pelaksanaan Kod Sukan Selamat, KBS akan meneruskan program advokasi dan kesedaran di peringkat akar umbi.

Kata beliau, semua organisasi berkaitan sukan juga perlu membuat semakan latar belakang sebelum melantik jurulatih atau pegawai teknikal terutama membabitkan kanak-kanak.

Tambah beliau, kewajipan menandatangani akujanji pematuhan Sukan Selamat serta Polisi Perlindungan Kanak-Kanak dalam kontrak atau lantikan juga antara langkah awal yang diterapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI