fbpx

‘Bagi saya fikir dulu’ – Ruhainies pertimbang jadikan Aliff Aziz kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruhainies tidak menolak andai tertulis buatnya menjadikan Aliff Aziz sebagai kekasih.

PETALING JAYA – Dihalang peminat untuk menjalin cinta dengan Aliff Aziz, pelakon sensasi Ruhainies hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat penyanyi kelahiran Singapura itu.

Diminta mencari lelaki yang berjaya sepertinya, Ruhainies, 33, berkata, rezeki setiap individu adalah berbeza dan kita tidak mengetahui setiap yang bakal terjadi pada masa depan.

“Terima kasih, semua rezeki kita Allah SWT yang bagi, termasuk saya tetapi kena usahalah.

“Kita doa Aliff pun sukses juga satu hari nanti. Kita tidak tahu masa akan datang dia macam mana.

“Mari doakan untuk dia dan semua,” katanya membalas komen netizen.

Ruhainies berkata demikian bagi membalas komen netizen yang berpendapat Aliff bukan lelaki yang sepadan dengannya.

Ujarnya, dia dan Aliff sering memberi kata-kata semangat antara satu sama lain.

“Hubungan kami baik. Selalu beri sokongan dan nasihat dalam banyak perkara yang kami lakukan,” jelasnya.

Bintang drama Cukup Derita Itu juga tidak terlepas daripada pertanyaan netizen yang mahu mengetahui tentang status hubungan mereka sejak semakin terbuka berbalas komen dalam Instagram.

“Sudah bercinta ke? Bila nak kahwin? Cepatlah,” soal netizen.

Jawab Ruhainies, dia akan mempertimbangkan untuk menjadikan Aliff sebagai kekasihnya.

“Belum lagi, bagi saya fikir dulu,” katanya diikuti emoji ketawa.

Baru-baru ini, ruangan pojok HibGlam melaporkan Ruhainies dan Aliff semakin terbuka berbual mesra dalam media sosial.

Paling menuai perhatian apabila Aliff memuji Ruhainies bersinar bak matahari.

Sepanjang tahun lalu nama Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 34, antara yang hangat diperkatakan kerana kontroversi ditangkap khalwat bersama Ruhainies pada 9 Mac 2024.

Media melaporkan Aliff dan Ruhainies dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Kedua-dua pelakon tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dalam prosiding yang berlangsung pada 3 Julai 2024.

Kes itu masih dalam perbicaraan di mahkamah dan bakal bersambung pada 20 dan 27 Februari depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI