fbpx

Dewan Rakyat: 2.3 juta pekerja asing di Malaysia bawah had siling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga asing. -Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 2,368,422 daripada 16,779,500 keseluruhan penduduk bekerja di negara ini sehingga 31 Disember tahun lalu merupakan pekerja asing.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, data itu menunjukkan keberadaan pekerja asing pada tahap 14 peratus daripada jumlah penduduk bekerja negara.

Bagaimanapun, kata beliau, angka keberadaan pekerja asing di negara itu adalah terkawal kerana masih di bawah had siling 15 peratus seperti ditetapkan kerajaan.

“Sejak 18 Mac 2023, kerajaan telah membuat keputusan untuk membekukan kuota pengambilan pekerja asing baharu sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Sehingga 31 Disember 2024, jumlah keseluruhan penduduk bekerja berjumlah 16,779,500 orang. Daripada jumlah tersebut 2,368,422 orang atau 14 peratus merupakan pekerja asing.

“Peratusan ini menunjukkan keberadaan pekerja asing dalam negara adalah terkawal,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat semalam.

Steven Sim berkata, warga Bangladesh mewakili peratusan terbesar pekerja asing di negara ini iaitu 898,970 orang atau 37.96 peratus daripada keseluruhan pekerja asing di Malaysia.

Kata beliau, angka itu diikuti dengan pekerja warga Indonesia sebanyak 24.58 peratus (582,108 orang) dan pekerja warga Nepal sebanyak 15.63 peratus (370,127 orang) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI