fbpx

[VIDEO] Pegawai pembantu maut kena kipas helikopter di Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah helikopter yang terbalik dan terbakat di Bentong Fruit Farm di Bentong.

BENTONG – Seorang pegawai pembantu helikopter maut selepas helikopter jenis Bell 206 Long Rang L4 dinaikinya terbalik dan terbakar ketika mendarat di berhampiran Kolam Air Panas berdekatan Jalan Lama Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Mangsa lelaki warga Indonesia yang juga jurutera dipercayai meninggal dunia akibat terkena kipas helikopter tersebut.

Difahamkan kejadian pukul 10 pagi itu berlaku ketika helikopter yang melakukan kerja mengangkut barang bagi kerja pemasangan kabel cuba mendarat di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, ketika pendaratan helikopter itu dikatakan tidak stabil dan cuba naik semula sebelum terbalik dan terbakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI