fbpx

Suami isteri mengaku tidak bersalah abai anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iswari dan Anantthanras tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterwoth di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak lelaki mereka berusia 10 tahun hujung bulan lalu.

Pemandu bas kilang, P. Anantthanras,35, dan operator kilang, M. Iswari,33, yang mengangguk faham membuat pengakuan itu di Mahkamah selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama sebagai orang yang pada masa itu mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki telah melakukan pengabaian sehingga memerlukan rawatan di hospital.

Perbuatan itu dilakukan dua tertuduh berkenaan di sebuah rumah di Taman Sentosa, Nibong Tebal dari 29 Januari hingga 30 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, Muhammad Rifaei dalam penghujahannya tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan mangsa adalah anak kandung kedua-dua tertuduh.

Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 6 Mac depan sebagai sebutan status dokumen perubatan.

Difahamkan, mangsa mempunyai parut kecederaan lama dan baharu selain kesan bakar pada tubuhnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI