fbpx

Pesara disiasat ambil ubat berlebihan, rugi RM229,606

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang pesara mengalami kerugian sebanyak RM229,606 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 25 November lalu selepas mangsa yang merupakan lelaki berusia 58 tahun menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai wakil Kementerian Kesihatan (KKM) dari Putrajaya.

“Mangsa dikatakan telah mengambil ubat secara berlebihan dan siasatan polis akan dibuat terhadap mangsa.

“Mangsa telah bercakap dengan pegawai polis bernama Inspektor Hakim dan Inspektor Hakim memaklumkan mangsa telah terlibat dalam dua kegiatan jenayah,”katanya di sini hari ini.

Katanya, sehubungan itu mangsa telah diminta untuk memberi akaun bank milik mangsa kepada pihak polis dan diarah memasukkan semua wang simpanan mangsa ke dalam akaun tersebut bagi tujuan audit dan siasatan.

Tambahnya, mangsa juga diarahkan untuk memasukkan kad ATM miliknya ke dalam satu kotak kecil dan kotak tersebut diletakkan di atas tong sampah berhadapan Kedai Seven Eleven di Pekan dan pihak polis akan ambil kad ATM tersebut.

“Mangsa dimaklumkan setelah siasatan selesai kad bank akan dipulangkan dan pada 5 Februari lalu, mangsa telah pergi ke bank dan mendapati terdapat 85 transaksi pemindahan wang keluar daripada akaun tersebut berjumlah RM229,606,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI