fbpx

Wanita maut kereta dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 80, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Sungkai hari ini.-Foto ihsan PDRM

TAPAH – Seorang wanita maut setelah kereta yang dipandunya dirempuh sebuah lori di Kilometer 80, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar dekat Sungkai di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.15 pagi itu, Tan Ann Chi, 34, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu kereta Toyota Vios dalam perjalanan ke arah Kuala Lumpur.

Katanya, setibanya di tempat kejadian, sebuah lori tanpa muatan yang dalam perjalanan ke Ipoh telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar kereta berkenaan.

“Kemalangan itu menyebabkan kenderaan dinaiki mangsa remuk dan mangsa mengalami kecederaan parah.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala pemandu lori yang tidak cedera berusia 29 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kedua-dua kenderaan juga akan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan dan siasatan kes dijalankan mengikut Seskyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI