fbpx

McGregor ludah muka penyokong Khabib 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan McGregor meludah ke muka seorang peminat Khabib. - X

LONDON – Bintang seni bela diri campuran (MMA) dunia, Conor McGregor menerima kecaman orang ramai selepas meludah muka seorang peminat yang menyuarakan sokongan kepada Khabib Nurmagomedov, lapor portal berita VNExpress semalam. 

Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @ChampRDS memaparkan McGregor sedang berjalan di sebuah pusat beli-belah sebelum mendengar lelaki itu menjerit ‘Jom Khabib’. 

Dia kemudian mendekati individu tersebut lalu meludah ke wajahnya.

McGregor turut menyindir lelaki tersebut ketika beredar.

“Saya meludah ke muka anda. Apa yang mampu anda buat? Tiada apa-apa?” katanya dalam klip video itu. 

Pada minggu lalu, McGregor mencetuskan semula perselisihannya dengan Khabib apabila dia menyiarkan catatan berbaur perkauman. 

Catatan itu kemudian dipadamkan dan McGregor mendakwa bahawa dia tidak lagi mengambil berat tentang pesaingnya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Saman. Jangan biarkan dia naik ‘lemak’,” kata seorang netizen. 

“Khabib masih menghantuinya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI