PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk bagi beberapa kawasan di Sarawak berkuat kuasa hari ini sehingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, hujan lebat berterusan dijangka berlaku di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah.
Sementara itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan bahagian lain di negeri Sarawak antaranya Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).
Tambah MetMalaysia, amaran yang sama turut melibatkan beberapa daerah di negeri Sabah ekoran hujan lebat berterusan yang dijangka berlaku bermula hari ini sehingga Sabtu.
Kata MetMalaysia, antara kawasan terlibat adalah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat. – KOSMO! ONLINE