fbpx

Pemain bola sepak tercantik dunia tidak serasi di Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Markovic berundur dari kelab Braga. - Gulf Today

ZAGREB, CROATIA – Penyerang pasukan kebangsaan Croatia yang digelar pemain bola sepak tercantik di dunia, Ana Maria Markovic mengumumkan pengundurannya dari kelab Portugal, Braga selepas hanya separuh musim beraksi, lapor laman berita VNExpress semalam.

Markovic dalam satu hantaran di laman Instagram berkata: “Ada masanya, tidak semua perkara berjalan seperti yang dirancang. Selepas hanya setengah musim, saya memutuskan untuk meninggalkan Braga.”

Menurut penyerang berusia 25 tahun itu, dia menyifatkan perjalanannya dalam Braga dipenuhi dengan suka dan duka yang membantunya menjadi pemain lebih matang.

“Perjalanan tetap diteruskan dan saya teruja dengan apa seterusnya yang akan berlaku,” tambahnya.

Pada hari sama, Braga mengesahkan bahawa kontrak Markovic telah ditamatkan atas persetujuan bersama. 

Markovic menyertai Braga pada Ogos 2024 selepas bermain untuk kelab Grasshopper Zurich dari 2020 hingga 2024, di mana dia menjaringkan 17 gol dalam 78 perlawanan.

Semasa tempoh singkatnya di Braga, Markovic membuat empat penampilan tanpa menjaringkan gol. 

Dia telah mewakili pasukan kebangsaan Croatia sejak 2021 dengan menjaringkan dua gol dalam 20 perlawanan.

Digelar sebagai pemain paling cantik di dunia, Markovic berulang kali menyatakan bahawa dia berharap peminat memberi tumpuan kepada kemahiran bermain bola sepaknya dan bukan penampilannya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI