fbpx

Pembantu rumah ditahan curi iPad, telefon majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas pasport suspek serta telefon dan iPad berkenaan.

AMPANG JAYA – Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis selepas disyaki mencuri telefon dan iPad milik majikannya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cempaka, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya yang menerima panggilan daripada wanita berusia 36 tahun memaklumkan pembantu rumahnya melarikan diri.

“Mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati sebuah telefon bimbit jenis Oppo A9 dan sebuah iPad jenama Apple hilang disyaki dicuri suspek.

“Tujuan pengadu membuat laporan untuk urusan pembatalan pasport, permit dan tindakan pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Azam berkata, suspek wanita berusia 33 tahun itu berjaya ditahan polis di tepi jalan Pandan Indah, di sini semalam.

Katanya, polis turut merampas pasport milik suspek serta telefon dan iPad berkenaan.

“Motif kejadian adalah suspek mencuri barang milik majikan dan melarikan diri serta enggan bekerja.

“Suspek direman selama tiga hari sehingga 7 Februari dan kes disiasat di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI