fbpx

‘Yang kami daki itu Gunung Kinabalu, bukan bukit manja-manja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIDI dituduh mengada-ngada biar kakak mengendongnya turun Gunung Kinabalu.

PETALING JAYA – Dituduh mengada-ngada kerana membiarkan Bella Astillah mengendong ketika turun dari puncak Gunung Kinabalu, penyanyi Didi Astillah mendedahkan pendakian dilakukan sangat mencabar sehingga menjejaskan fizikal dan mentalnya.

Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazillah Awang Astillah, 29, berkata, dirinya bukan individu aktif sejak zaman persekolahan lagi sekali gus kurang stamina ketika menyahut cabaran pendakian tersebut.

Yang kami daki itu Gunung Kinabalu, bukan bukit-bukit manja. Jadi, apa-apa kesakitan fizikal atau mental tak dijangka kadang-kadang boleh terjadi.

“Semua yang kenal saya dari zaman sekolah tahu saya memang bukan seorang yang aktif bersukan. Ini bermaksud stamina saya tidak kuat.

“Syukur bagi saya dapat daki Gunung Kinabalu yang merupakan pengalaman tidak akan dilupakan,” katanya dalam InstaStory.

Selain kurang aktif, pelantun lagu Fikirkan Kamu itu turut memaklumkan, dia fobia terhadap ketinggian sehingga menyebabkan tidak mampu meneruskan perjalanan menuruni Kinabalu.

“Bila daki, lain rasa dia. Bila turun masya-Allah orang yang gayat atau takut dengan ketinggian mesti faham apa saya rasa.

“Panik dan menangis tetapi syukur ada kakak di situ. Bukan tiada malim gunung cuma bila kakak sendiri tenangkan dan pujuk, panik mula reda.

Nak menggedik atas itu memang minta maaf cakap tak sempat. Banyak fikir tentang batu-batu, tangga dan bukit curam di situ yang buat saya gayat,” ujarnya.

Dalam kesempatan sama, Didi turut memohon individu yang mendakwanya gedik sehingga perlu digendong agar memanjat atau menuruni gunung itu tanpa latihan.

Saya cadangkan awak ke Gunung Kinabalu juga tanpa latihan stamina langsung sebelum mendaki.

“Mungkin awak tak pernah mendapat erti kasih sayang secukupnya dari seorang kakak.

“Tidak mengapa, saya maafkan awak yang komen ini cuma kebetulan saya tengah rajin nak menghuraikan,” jelasnya.

Kenyataan tersebut tercetus selepas seorang individu menuduh Didi terlalu menggedik kerana membiarkan kakaknya mengendong ketika menuruni Gunung Kinabalu, baru-baru ini.

“Gedik, patah riuk tulang kakak awak. Dia dah lah halus dan kecil, kasihan Bella,” ujar individu terbabit.

Sebelum ini, Bella, 36, berkongsi dia berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu bersama Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan berpakaian tradisional Melayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI