fbpx

Lelaki mati dibunuh di kedai pendingin hawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah kedai pendingin hawa yang disewanya di Bukit Sekilau di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, polis menerima panggilan daripada ibu mangsa kira-kira pukul 3 petang yang memaklumkan anaknya meninggal dunia di dalam sebuah kedai.

“Sepasukan polis daripada bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan dibantu unit forensik Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang bersama pakar patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati terdapat unsur-unsur jenayah pada tubuh badan si mati,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya susulan itu polis telah menahan reman seorang seorang lelaki berusia 29 tahun yang merupakan rakan mangsa selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan dari segenap aspek.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati tempat kejadian merupakan premis perniagaan yang disewa mangsa yang berasal dari Sri Jaya di Maran.

“Pihak polis memohon kerjasama daripada masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dengan kejadian sehingga mengganggu siasatan pihak polis.

“Jika mempunyai sebarang maklumat orang ramai diminta berhubung dengan balai polis berhampiran,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI