fbpx

Kepala ular tersangkut dalam tin minuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua sukarelawan cuba mengeluarkan kepala ular menggunakan alat pemotong logam. - YouTube

NEW DELHI – Seekor ular tikus diselamatkan selepas kepalanya tersangkut di dalam tin minuman di negeri Odisha, lapor portal berita New Indian Express semalam. 

Penemuan reptilia itu dilakukan oleh penduduk tempatan sebelum menghubungi penangkap ular untuk mendapatkan bantuan. 

Setiausaha Talian Bantuan Ular, Subhendu Malik berkata, reptilia sepanjang 152.4 sentimeter itu dikeluarkan menggunakan alat pemotong logam. 

“Tiada kesan luka pada lehernya (ular). Ia kemudian dilepaskan semula ke alam liar,” katanya.  

Tambah Subhendu, tin kosong sering menjadi tempat perlindungan kepada haiwan termasuk katak, tikus, ular dan lain-lain.

“Orang ramai dilarang membuang tin kosong merata-rata kerana boleh membawa kematian,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI