fbpx

Pencuri hadiahkan banglo buat teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan selepas memecah masuk lebih 150 kediaman. - NDTV

NEW DELHI – Polis India memberkas seorang lelaki yang mengaku membina sebuah banglo bernilai 30 juta rupee (RM1.5 juta) untuk teman wanitanya menggunakan wang hasil kegiatan mencuri, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Polis Bengaluru berkata, suspek bernama Panchakshari Swamy, 37, telah memecah masuk ke lebih 150 kediaman. 

“Suspek menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pelakon terkenal meskipun telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. 

“Dia ditahan selepas menceroboh sebuah kediaman di bandar Bengaluru, negeri Karnataka pada 9 Januari lalu,” kata polis. 

Semasa soal siasat, suspek mengaku telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk pelakon tersebut. 

“Selain rumah banglo, suspek turut menghadiahkan sebuah akuarium bernilai 2.2 juta rupee (RM112,000). 

“Polis turut merampas 181 gram emas, 33 gram perak dan pistol api yang digunakan untuk mencairkan barang kemas,” tambah polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI