fbpx

Raja Salman beri 25 tan kurma untuk rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im (dua dari kiri) mewakili Malaysia menerima sumbangan 25 tan kurma daripada Raja Salman sempena kehadiran bulan Ramadan 1446H.

PETALING JAYA – Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud memberi sumbangan sebanyak 25 tan kurma untuk rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, sumbangan itu sempena kehadiran Ramadan 1446H.

“Bukan biasa-biasa, sumbangan istimewa ini datang terus dari Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud, Penjaga Dua Tanah Suci.

“Tanda kasih sayang dari Kerajaan Arab Saudi sempena kehadiran bulan Ramadan 1446H,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Mohd. Na’im berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang sentiasa mempunyai hubungan baik dengan Malaysia.

Ujar beliau, sumbangan sempena Ramadan itu bukan sekadar kurma, tetapi ikatan ukhuwah erat dua negara Islam.

“Doakan hubungan Malaysia-Arab Saudi terus kukuh, penuh berkat dan rahmat demi agama, negara dan ummah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI