fbpx

WhatsApps dengan lelaki lain, penjual ikan pukul isteri didenda RM1,000.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Gara-gara memukul isteri selepas berang melihat wanita itu berbalas WhatsApps dengan lelaki lain, seorang penjual ikan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret M.Barath menjatuhkan hukuman denda itu terhadap VN Loganathan ,40, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar jumlah denda itu dan tertuduh membayarnya.

Mengikut pertuduhan, Loganathan didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap isterinya G.Anita Davi, 36, di rumah mereka di Jalan PJU Damansara Damai di sini pukul 2 petang pada 18 Januari lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 352A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan mempunyai tanggungan keluarga.

“Saya hanya bekerja sebagai penjual ikan mengikut saudara saya, ” katanya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Shanur Farrahin Shapri memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran supaya tertuduh tidak lagi memcederakan isterinya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian telah berlaku pertengkaran antara tertuduh dan isterinya apabila tertuduh telah ternampak perbualan whatsApps antara isterinya dengan lelaki lain.

Tertuduh telah bertindak memukul mangsa di bahagian kepala dan tangan dan ekoran kejadian itu mangsa membuat satu laporan polis.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI