WASHINGTON – Kira-kira 100,000 biji telur organik dicuri dalam rompakan yang berlaku pada waktu malam di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita Fox News semalam.
Polis di negeri itu kini sedang mencari 100,000 biji telur yang dicuri dari sebuah treler Pete dan Gerry Organik di Greencastle pada pukul 8.40 malam (waktu tempatan).
Pihak berkuasa menyatakan kira-kira 100,000 biji telur yang bernilai AS$40,000 (RM177,000) lesap dicuri .
Siasatan sedang dijalankan, menurut polis.
AS mengalami kekurangan bekalan telur di pasaran kerana harganya melambung tinggi. – AGENSI