fbpx

Violin tahun 1714 bernilai RM80 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja meletakkan Joachim-Ma di dalam ruang pameran kaca di Sotheby's Auction House, Bandar Raya New York. - UPI

BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah violin yang dihasilkan oleh seorang pembuat terkenal pada tahun 1714 akan dilelong pada harga dijangka mencecah AS$12 juta (RM50 juta) hingga AS$18 juta (RM80 juta), lapor agensi berita United Press International.

Alat muzik itu dihasilkan oleh artis seni dari Itali, Antonio Stradivari dan dikenali sebagai Joachim-Ma.

“Tiada pembuat alat muzik lain dalam apa jua bentuk yang begitu dikenali orang awam atau domain budaya,” kata seorang pakar violin, John Dilworth.

Pemain dan guru violin, Si Hon Ma pada tahun 1967 membeli Joachim-Ma sebelum menyerahkannya kepada Dana Konservatori New England (NEC) selepas kematiannya.

Ia pada asalnya dimiliki oleh pemain violin Hungary, Joseph Joachim.

Violin itu akan dilelong pada sebuah acara anjuran firma lelongan, Sotheby’s di Bandar Raya New York esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI