KOTA TINGGI – Seramai 349 mangsa banjir daripada 104 buah keluarga di daerah ini ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, tiga PPS itu adalah Dewan Muafakat Taman Desaru, Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar.
Katanya, dua PPS iaitu Dewan Muafakat Taman Desaru dan Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar menunjukkan trend peningkatan, manakala PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas menunjukkan penurunan.
“Pemantauan setakat pukul 4 petang ini mendapati semua daerah di Johor mendung. Paras air Sungai Sedili Kecil di Sedili Kecil merekodkan paras amaran iaitu 2.20 meter,” katanya.-KOSMO! ONLINE