fbpx

Kunjungan Presiden Uzbekistan pertingkat kerjasama dua negara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Shavkat (kanan) mengadakan pertemuan dengan Anwar di Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi

PETALING JAYA – Kunjungan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev ke negara ini bakal meningkatkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Presiden Shavkat dan delegasi kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.

“Ini adalah lawatan pertama beliau ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.

“Ini juga adalah kunjungan balas susulan lawatan saya ke Uzbekistan pada Mei tahun lalu,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar berkata, Presiden Shavkat dan delegasi diberikan sambutan rasmi dan pemeriksaan pasukan Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja di Perdana Putra.

Katanya, beliau dan Presiden Shavkat kemudian menghadiri mesyuarat terhad bersama kedua-dua pimpinan bagi membincangkan isu-isu strategik.

Kata Anwar, antara isu yang dibincangkan berkaitan kepentingan kedua-dua negara antaranya pelaburan, perdagangan, semikonduktor dan pelancongan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI