fbpx

18 warga asing kudung, cacat raih RM600 sehari hasil mengemis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA pengemis warga asing yang ditahan JIM Negeri Johor dalam operasi di pasar malam di Kampung Melayu Majidee dan Taman Abad, Johor Bahru, Isnin lalu.

JOHOR BAHRU – Pengemis warga asing mampu meraih pendapatan RM600 dalam masa sehari dengan hanya duduk bersila sambil menghulurkan tangan meraih simpati orang ramai.

Kegiatan itu dikesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor yang menjalankan operasi penguatkuasaan bagi menggempur pengemis jalanan warga asing di dua lokasi pasar malam sekitar Kampung Melayu Majidee dan Taman Abad di sini, Isnin lalu.

Pengarah JIM Negeri Johor, Mohd Rusdi Mohd. Darus berkata, dalam operasi itu bermula pada pukul 7 malam itu, seramai 18 warga asing berusia 40 hingga 69 tahun diberkas.

“Mereka terdiri daripada empat lelaki warganegara China, lelaki Thailand (4), lelaki Kemboja (3) bersama seorang perempuan Kemboja, dua lelaki dan dua wanita Syria serta masing-masing seorang lelaki Bangladesh dan Pakistan.

“Pengemis jalanan yang ditahan dipercayai ada yang kudung dan cacat anggota untuk meraih simpati pengunjung pasar malam.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua pengemis mampu meraih pendapatan purata harian sehingga RM600 seorang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rusdi berkata, kesemua yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Ujarnya, kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI