EDINBURGH, Scotland – Sebuah kereta Audi menjadi mangsa kegiatan vandalisme apabila diconteng dengan pelbagai perkataan tidak senonoh oleh individu tidak bertanggungjawab, lapor laman berita Edinburgh Live kelmarin.
Kereta tersebut pada 1 Februari lalu diparkir di hadapan sebuah kedai barang kemas di George Street, Edinburgh.
Ia diconteng dengan tulisan grafiti berwarna putih dengan salah satu daripadanya bertulis: “HAHA”.
Tulisan-tulisan itu memenuhi segenap sudut kereta tersebut termasuk pintu, bonet dan but.
Tidak dijelaskan sama ada kereta itu menjadi sasaran individu tertentu atau ia hanya perbuatan yang dilakukan secara rambang. – AGENSI