TOKYO – Seekor lelaki di Bandar Kitakata, Fukushima terkejut apabila mendapati seekor beruang sedang berehat di ruang tamu sejurus dia pulang ke rumahnya, lapor akhbar The Korea Times semalam.
Haiwan itu berehat di bawah ‘kotatsu’ iaitu tempat khas terdiri daripada meja dan ditutup dengan selimut tebal untuk memanaskan badan.
Beruang dianggarkan setinggi 90 sentimeter itu juga sedang menikmati kehangatan kotatsu yang nyaman.
Ia turut memakan makanan yang ditinggalkan di atas meja.
Beruang itu tidak menunjukkan tanda-tanda akan beredar walaupun selepas mengesan kehadiran pemilik rumah.
Anggota-anggota pihak berkuasa akhirnya terpaksa menembaknya dengan ubat penenang pada keesokan hari sebelum melepaskan haiwan itu ke alam liar. – AGENSI