fbpx

Isu kerugian MAHB: ‘Ada agenda politik, sebab saya Menteri DAP’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (kiri), Mas Ermieyati

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyifatkan kenyataan dibuat Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mahu memanggilnya berhubung isu kerugian urus niaga saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebagai bermotifkan politik.

Menurutnya, dakwaan serta kenyataan dikeluarkan Mas Ermieyati itu jelas mempunyai agenda politik selain mahu mewujudkan persepsi dalam kalangan rakyat.

“Itu (isu kerugian saham MAHB) tidak ada kaitan langsung dengan Kementerian Pengangkutan. Saya lihat Pengerusi PAC cuba nak mengaitkan isu ini dengan kementerian saya.

“Saya tak tahu ada agenda politik atau tidak sebab secara kebetulan Menteri Pengangkutan ini daripada DAP jadi dia nak salahkan DAP,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri program Paduan Kasih Madani di sini, hari ini.

Katanya, Pengerusi PAC tidak boleh sesuka hati mengeluarkan kenyataan, malah beliau juga mempersoal sama ada ia adalah kenyataan bersama jawatankuasa itu atau Mas Ermieyati sahaja.

Loke berkata, jika PAC mahu memanggil beliau, perkara itu harus dilakukan secara rasmi termasuk skop yang ingin ditanya berhubung isu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI