fbpx

Jenayah rentas sempadan di Kelantan turun dua bulan berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusoff (kanan) menyampaikan Anugerah Daerah Terbaik Op Selamat kepada Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie pada Perhimpunan Bulanan Polis Kelantan di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Jenayah rentas sempadan di Kelantan terus menurun 90 peratus dalam tempoh dua bulan berturut-turut sejak kawalan ketat dilaksanakan di kawasan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Disember lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, penurunan kes jenayah itu melibatkan jenayah penyeludupan dadah, barangan kontraban serta kawalan dan pemerdagangan manusia.

Menurutnya, kesan daripada penutupan pangkalan haram turut berjaya mengekang pelbagai kegiatan jenayah di sempadan sekali gus mengukuhkan keselamatan negara.

“Penurunan jenayah rentas sempadan di Kelantan buat masa ini sudah cukup besar meskipun masih berbaki sebanyak 10 peratus kerana ia melibatkan jarak Sungai Golok sejauh 136 kilometer.

“Berdasarkan maklumat, penduduk di sempadan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan masyarakat di Thailand turut mematuhi undang-undang rentas sempadan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI