fbpx

Kota Tinggi dilanda banjir lagi, 70 rumah terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar melakukan operasi menyelamat banjir di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar pagi ini.

KOTA TINGGI – Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan kira-kira 70 buah rumah di Kampung Baru Sungai Mas, Taman Desaru Utama dan Taman Penawar Harmoni terjejas apabila dilaporkan kawasan berkenaan dinaiki air, awal pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berkata, semua penduduk terjejas di tiga kawasan berkenaan dipindahkan sementara sehingga air surut.

“PPS (pusat pemindahan sementara) belum diaktifkan, namun dua dewan iaitu Dewan Kumpung Baru Sungai Mas dan Dewan Muafakat Taman Desaru Utama digunakan untuk menempatkan sementara semua yang terjejas dan kita masih mengemas kini jumlah mangsa terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, seramai lapan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar bersama sebuah jentera dan kenderaan utiliti digerakkan bagi membantu pemindahan mangsa banjir.

Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Soleh Nasir berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan banjir pada pukul 6.33 pagi di Jalan Balau 2, Taman Desaru Utama, Penawar.

“Paras air di lokasi lebih kurang dua hingga tiga kaki melebihi paras lutut. PKO melakukan pemindahan mangsa ke lokasi selamat menggunakan kenderaan pacuan empat roda bomba.

“Menurut pelaporan dari komander operasi, hampir 80 peratus penduduk di sekitar taman tersebut telah keluar. Operasi masih dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI