fbpx

3,175 kg herba dari Indonesia disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis Pulau Pinang menahan 3,175 kg herba dari Indonesia semasa pemeriksaan di Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 3,175 kilogram (kg) pelbagai jenis daun herba yang cuba dibawa masuk ke negara ini semasa pemeriksaan di Pelabuhan Dermaga Air Dalam, Butterworth di sini semalam.

Rampasan produk yang dibungkus dalam 125 guni itu dibuat semasa operasi kira-kira pukul 2 petang.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, hasil pemeriksaan mendapati produk itu cuba dibawa masuk dari Indonesia dipercayai gagal mematuhi piawaian yang telah ditetapkan pada syarat Permit Import.

“Kita menahan 3,175 kg pelbagai jenis herba perubatan yang dianggarkan bernilai RM61,241.25.

“Antaranya termasuklah tarik angin, cabe jawa, bunga jambu, damar mata kucing, anyang-anyang, cuci atep, lada lobang, pulau sari, temu kuncu, masohi dan kembang semangkok,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI