PETALING JAYA – Tidur tiga jam sehari, konon hustle (kesibukan harian) padahal badan rosak. Pakai barang branded (berjenama), tapi poket kosong.”
Itu antara perkara berlebihan yang disenaraikan seorang individu namun sering dianggap hebat oleh sesetengah orang.
Menggunakan nama @razhakim13 di TikTok, lelaki itu berkata, ia termasuklah golongan multitasking (multitugas) yang melakukan banyak perkara namun semuanya dibuat secara ‘cincai’.
“Selain itu adalah ‘networking’ (membina rangkaian) tapi sekadar bergambar dengan orang kaya.
“Tak semua benda yang nampak gah tu sebenarnya hebat pun, kan?,” katanya.
Perkongsian itu mendapat perhatian orang ramai yang turut berkongsi pelbagai pandangan dan pendapat.
“Selalu jumpa jenis yang cakap, ‘Saya tak boleh tak kerja’, tapi malas datang kerja dan kerja cincai sampai orang lain kena cover (ganti tugas),” kongsi seorang pengguna.
“Kereta Honda atau Toyota, tapi hakikat nak makan pun bercatu,” komen @yayareads.
“Ambil macam-macam suplemen yang mahal sebab orang lain pun ambil tapi diet hari-hari minum manis,” ujar seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE