fbpx

Bumbung berlubang, bongkah ais gergasi jatuh dari langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bumbung rumah berlubang selepas dihempap bongkah ais di Palm Coast, Florida kelmarin. - Jabatan Bomba Palm Coast

TALLAHASSEE, FLORIDA – Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menjalankan siasatan selepas menerima laporan berhubung insiden bongkah ais terhempas ke atas bumbung sebuah rumah di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita Fox News. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 3.30 petang (waktu tempatan) di sebuah kawasan kejiranan dekat bandar Palm Coast.

Menurut Jabatan Bomba Palm Coast, bongkah ais itu jatuh ketika langit cerah dengan suhu sekitar 24 darjah Celsius. 

“Selepas tiba di tempat kejadian, anggota bomba menemui lubang pada bahagian bumbung, manakala serpihan ais berada di dalam rumah. 

“Rumah itu selamat untuk diduduki selepas pemeriksaan dilakukan. Kami juga meletakkan kanvas pada bumbung yang rosak bagi melindungi harta benda. 

“Tiada kecederaan dilaporkan,” tambahnya. 

Pejabat Syerif Daerah Flagler berkata, pihaknya sedang mengenal pasti asal usul bongkah ais itu dan menghubungi FAA untuk membantu menentukan sumbernya termasuk kemungkinan terjatuh dari pesawat.

Jurucakap FAA berkata, kebocoran air boleh berlaku pada pesawat, seterusnya membentuk ais di bahagian luar. 

Apabila pesawat mengurangkan altitud, ais tersebut boleh mencair dan tertanggal, tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI