fbpx

‘Tak dinafikan, saya sukakan perhatian, baik atau buruk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leona mengakui memang suka hidup dengan menjadi 'centre of attraction '.

PETALING JAYA – Sentiasa diihat berperwatakan gembira, pempengaruh sensasi Kasih Iris Leona secara terbuka mengakui memang ‘gilakan’ perhatian umum.

Leona, 23, menyatakan tidak berasa malu dirinya sentiasa berada di bawah radar netizen bahkan menerima setiap respons sama ada baik mahupun buruk.

“Saya tidak akan menafikan, saya suka perhatian. Bukan hanya di hadapan kamera tapi bila di luar pun sama.

“Setiap restoran yang kami pergi, saya mahu orang tahu hari tersebut adalah hari jadi saya. Saya jenis yang tak segan langsung dan akan menawarkan diri untuk berada di atas pentas tanpa rasa malu.

“Saya hanya mahu menjadi ‘centre of attention’ dan sangat menyukainya tidak kira baik atau buruk,” katanya dalam sebuah audio siar.

Kongsinya lagi, fokus khalayak dapat memberikan kebaikan terhadap dirinya walaupun harus menelan kepahitan kesan negatif yang terpaksa ditanggung.

“Sebenarnya, perhatian yang buruk tak memberi kesan pun kepada saya.

“Sejujurnya, semua tumpuan itu memberi ganjaran dalam cara sendiri, yang negatif lama-kelamaan akan menyepi.

“Bagi saya, mindset (cara pemikiran) penting. Ramai sahaja orang tak suka saya. Dulu rasa macam satu Malaysia benci tetapi selagi kita fokus pada orang yang baik, itu paling penting,” jelasnya.

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu juga memaklumkan dia mengambil pendekatan mengabaikan hal negatif agar hidupnya tidak kusut.

“Kalau asyik fikir benda negatif, hidup jadi muram. Jadi saya pilih untuk abaikan semua.

“Mungkin sebab itu saya rasa saya happy-go-lucky, sebab saya sendiri yang tentukan macam mana saya nak hidup,” jelasnya.

Anak bongsu daripada tiga bersaudara itu terkenal dalam kalangan pengikut laman sosial serta netizen sekali gus popularitinya setara dengan artis.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI