fbpx

Mayat lelaki dalam tangki simpanan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat tersebut ditemui oleh orang awam di pelantar terbabit petang tadi.

LUMUT – Mayat seorang lelaki ditemui di dalam sebuah tangki simpanan air di Pelantar P5 di Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, kira-kira pukul 3.15 petang tadi, Balai Polis Pangkor menerima maklumat mengenai penemuan seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air dari orang awam.

“Pihak polis dari Balai Polis Pangkor telah hadir ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima maklumat tersebut bagi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Siasatan awal pihak polis di tempat kejadian menemui seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan oleh pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pangkor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat,” katanya.

Hasbullah berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu boleh menyalurkannya ke Balai Polis Pangkor atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222 dan hotline WhatsApp 014-6828005. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI