fbpx

Peluang peminat MMA saksikan Fire Cage FC di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Diego Nunes (kiri) akan berdepan bintang Filipina, Rolando Dy bagi gelaran Kejuaraan Dunia Lightweight.

PEMINAT seni bela diri campuran (MMA) tempatan berpeluang menyaksikan acara berprestij Kejohanan Fire Cage Fighting (Fire Cage FC) yang bakal berlangsung di N9 Arena, Negeri Sembilan pada 22 Februari ini.

Pertarungan kejuaraan Kelas Dunia menjadi acara tumpuan bagi merebut Kejuaraan Dunia Welterweigh yang melibatkan jaguh MMA Brazil dan veteran UFC, Gleison Tibau berdepan bintang MMA dari Jepun, Kiichi Kunimoto.

Bagi gelaran Kejuaraan Dunia Lightweight pula menyaksikan pertarungan bekas jaguh UFC dari Brazil, Diego Nunes berdepan bintang Filipina iaitu bekas juara Abu Dhabi Warriors dengan pengalaman di UFC, Rolando Dy.

Ketua Pegawai Eksekutif Emnes Events Sdn Bhd, Ahmad Mustaqiim Ahmad Fauzi berkata, kejohanan ini bukan hanya membawakan bintang antarabangsa, tetapi turut memberi peluang kepada jaguh Malaysia berentap dengan petarung terbaik dalam dunia.

“Bukan hanya membawakan bintang antarabangsa, acara ini adalah mengenai memberi peluang kepada jaguh Malaysia untuk bertarung disamping antara yang terbaik dalam dunia.

“Fire Cage FC meletakkan satu penanda aras baharu untuk MMA di Malaysia dan kami sangat berbangga untuk mempersembahkan barisan yang pelbagai ini,” katanya.

Lebih menarik, enam pertembungan tempatan yang diaturkan khas melibatkan ‘anak Malaysia’ seperti jaguh welterweight Malaysia, Agilan Thani untuk bertarung dengan jaguh MMA antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN