fbpx

Along Cham kembali ‘bujang’, selesai urusan mahkamah syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Along mendedahkan dirinya kini sudah kembali 'bujang'.

PETALING JAYA – Titipan permintaan bapa mentua bagai tidak bermakna, pelawak Along Cham dilihat nekad ke mahkamah syariah bagi mengesahkan taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nazimudin Ahmad, 42, memaklumkan urusan pendaftaran lafaz taklik mendapatkan tarikh bicara di Mahkamah Rendah Syariah Sepang dipercayai membabitkan isu rumah tangganya sudah pun selesai.

“Alhamdulillah, sudah selesai untuk urusan mahkamah syariah,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Dalam perkongsian sama, pelakon filem Adnan Semp-It itu turut meletakkan tanda pagar ‘Arbaie bujang kembali’ yang merujuk kepada drama arahan Allahyarham Mamat Khalid di
TV3 pada tahun 2000.

Bagaimanapun, bapa kepada seorang anak itu tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan.

Tangkap layar perkongsian terbaharu Along Cham dalam media sosial. – INSTAGRAM.

Sebelum ini, Along mengejutkan ramai apabila hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 28 Januari lalu bagi memfailkan lafaz taklik kepada Afreena sehari selepas keluar dari penjara dengan ikat jamin ekoran kes berkaitan dadah dihada­pinya.

Along berkata, tindakan itu diambil selepas mendakwa isterinya sudah melanggar tiga perjanjian taklik yang dipersetujui sebelum ini.

Antara taklik dilanggar pengurus di sebuah syarikat penerbangan itu ialah tidak patuh dan membelakangkan suami.

Dakwa Along, dia sepatutnya memfailkan lafaz cerai taklik di mahkamah pada 16 Disember tahun lalu, tetapi malangnya ditahan dua hari sebelum itu atas dakwaan memiliki dadah.

Pelawak terbabit juga tidak menafikan wujud orang ketiga dalam permasalahan rumah tangga mereka selain tidak me­nyangka rumah tangga yang dibina selama sembilan bulan itu berdepan masalah.

Menerusi laporan Kosmo! bapa mentuanya meminta Along bersemuka dengan Afreena bagi menyelesaikan isu dalaman berbanding menggunakan media meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap isterinya.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI