LONDON – Terdapat cahaya oren pelik di langit malam di utara Manchester, Britain tetapi tiada siapa pasti dari mana asalnya, lapor akhbar Manchester Evening News semalam.
Gambar diperoleh saluran berita Manchester Evening News (MEN) menunjukkan lajur cahaya yang menghasilkan kesan hampir seperti fenomena ‘halo’ di langit.
Pengguna platform Reddit berkongsi imej cahaya itu yang merujuk kawasan di utara Manchester dekat Winter Hill.
Mereka berkata, cahaya itu kelihatan hampir setiap malam dan menjadikan langit berwarna oren.
Ramai netizen mengemukakan teori tentang punca yang menyebabkan langit menjadi oren.
Ada yang mendakwa ia mungkin berasal dari Stadium Komuniti Toughsheet di Horwich, Bolton.
Terdapat juga dakwaan bahawa cahaya aneh itu boleh dilihat dari Jambatan Barton yang terletak jauh dari tempat kejadian.
“Saya juga dapat melihatnya,” kata seorang netizen di media sosial. – AGENSI