fbpx

Bali haramkan botol plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA sukarelawan mengutip sisa plastik di sebuah pantai Bali hari ini. - Foto AFP

JAKARTA – Penggunaan botol plastik mula diharamkan di Bali dalam langkah yang bertujuan untuk menangani pencemaran di pulau berkenaan, lapor portal berita Arab News semalam. 

Pulau Bali menghasilkan kira-kira 300,000 tan sisa plastik setiap tahun dengan  lebih separuh tidak dikutip, termasuk 33,000 tan yang masuk ke perairan Bali. 

Menurut dasar baharu itu, botol plastik akan diharamkan di semua pejabat kerajaan dan sekolah di pulau peranginan tersebut. 

“Kami berharap dasar ini akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab oleh semua pihak berkaitan supaya Bali kekal  hijau dan mapan,” kata setiausaha wilayah itu, Dewa Made Indra dalam satu kenyataan. 

Dasar itu juga menghendaki pengetua dan guru sekolah menjadi contoh kepada pelajar dengan menggunakan gelas untuk mengurangkan atau menghapuskan plastik yang digunakan dalam  pembungkusan makanan dan minuman. 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, masalah sisa plastik di Bali mendapat perhatian antarabangsa lantaran  pantai ikoniknya dipenuhi sampah sarap semasa kemuncak musim tengkujuh.

Bulan lalu, klip video memaparkan sampah yang menimbun di pinggir Pantai Jimbaran menjadi tular di media sosial. 

Isu itu juga mencetuskan kebimbangan kerajaan pusat dengan Menteri Alam Sekitar Indonesia, Hanif Faisol Nurofiq mengambil bahagian dalam acara pembersihan pantai Bali sebanyak dua kali pada bulan lepas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI