fbpx

Penunggang motosikal lawan arus pecahkan cermin kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang motosikal memecahkan cermin belakang kereta. - Instagram

JAKARTA  – Seorang penunggang motosikal memecahkan cermin sebuah kereta selepas kenderaan mereka bergesel gara-gara perbuatannya sendiri yang menunggang  melawan arus, lapor laman berita Detik semalam.

Kejadian berlaku di Cengkareng, Jakarta Barat.

Berdasarkan klip video yang dimuat naik di laman Instagram, penunggang motosikal jenis Yamaha Vixion tersebut dikerumuni orang ramai yang memarahinya kerana  memecahkan cermin sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Menurut saksi, lelaki tersebut menunggang motosikal secara melawan arah sebelum bergesel dengan sebuah Suzuki Ignis.

Meskipun jelas melakukan kesalahan, penunggang motosikal memarahi pemandu kereta dan memecahkan cermin belakang kenderaan itu menggunakan topi keledar.

Kedua-dua mereka bertengkar, manakala penunggang motosikal enggan bertanggungjawab atas perbuatannya.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen yang menyelar sikap penunggang motosikal tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI