WASHINGTON – Sean Duffy yang merupakan Setiausaha Pengangkutan dalam Kabinet Presiden Donald Trump, pernah melakukan tarian ‘bogel’ dalam program realiti televisyen, lapor portal berita MailOnline semalam.
Rakaman memaparkan Duffy menari muncul semula baru-baru ini. Klip video itu menunjukkan Duffy menggoyang-goyangkan badan sambil memakai tuala bagi menutup alat sulitnya.
Ketika itu, Duffy yang berusia dalam lingkungan 20-an menyertai program realiti televisyen MTV The Real World: Boston.
Beliau kini berusia 53 tahun dan pernah menjadi pemenang tiga kali Kejohanan Dunia Lumberjack iaitu pertandingan untuk menunjukkan kecekapan menebang pokok seperti menggergaji, memanjat dengan laju, memotong dan membaling kapak.
Duffy ketika itu diperkenalkan sebagai seorang peguam konservatif yang bercita-cita tinggi.
Beliau yang sudah berkahwin dan mempunyai sembilan orang anak adalah bekas bintang saluran berita Fox News kedua yang dipilih dalam Kabinet Trump selepas Pete Hegseth dilantik sebagai Setiausaha Pertahanan. – AGENSI