fbpx

CBP umum dividen ADK 3.6 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharom (kiri) bersama Pengerusi SKM, Datuk Ahmad Norihan Jalal (tengah) menyerahkan replika cek agihan keuntungan ADK kepada wakil koperasi yang mendapat agihan keuntungan tertinggi di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan agihan pendapatan Akaun Deposit Koperasi (ADK) tahun 2024 sebanyak 3.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, melibatkan jumlah agihan keuntungan sebanyak RM10.8 juta.

Nilai itu setanding dengan agihan sebanyak 3.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi berkata, sehingga 31 Disember 2024, sebanyak 903 buah koperasi telah melakukan deposit ke ADK di CBP, dengan jumlah deposit terkumpul sebanyak RM 354.1 juta.

“Jumlah pendeposit ADK ini telah meningkat sebanyak 97 peratus daripada 458 buah koperasi pada tahun 2023, manakala jumlah deposit meningkat 32 peratus daripada RM 267.4 juta. 

“Hal ini menunjukkan sektor koperasi negara terus kekal utuh walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Untuk makluman, sehingga Januari 2025, jumlah deposit di dalam akaun ADK sudah melebihi RM358 juta dan ia adalah satu prestasi yang sangat memberangsangkan,” katanya pada Majlis Pengumuman Agihan Pendapatan ADK 2024 di sini.

Majlis sama turut menyaksikan penyampaian penghargaan kepada 20 koperasi penerima keuntungan ADK tertinggi bagi tahun 2024.

CBP telah dilantik semula sebagai Pengurus Dana ADK bermula 14 Oktober 2024 bagi tempoh lima tahun bermula sehingga Oktober 2029, sebagai inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi memperkasakan gerakan koperasi kebangsaan.

Baharom menambah, pihaknya menyasarkan deposit berjumlah RM400 juta menjelang akhir tahun ini, justeru beberapa program termasuk Taklimat Pelaksanaan dan Prestasi ADK sedang dirancang dan akan diadakan bagi mempromosikan ADK kepada kira-kira 16,000 koperasi seluruh negara. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI