fbpx

Selangor sedia kongsi pengalaman pertanian moden Sekinchan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Selangor bersedia berkongsi pengalaman dengan negeri-negeri lain mengenai kaedah mengguna pakai tanah dalam memodenkan proses pertanian seperti dilaksanakan di Sekinchan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkongsian itu dalam usaha meningkatkan keterjaminan makanan Malaysia sebagai langkah strategik mengurangkan
kebergantungan kepada import.

Beliau sentiasa menekankan kepentingan keterjaminan makanan meskipun Selangor merupakan ‘nadi ekonomi’ negara ini.

“Alhamdulillah, usaha pemodenan proses pertanian termasuk kaedah guna pakai tanah di pantai barat Selangor seperti Sekinchan mula membuahkan hasil dan diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Negeri bersedia berkongsi pengalaman bersama negeri-negeri lain dalam meningkatkan keterjaminan makanan dalam mengurangkan kebergantungan kepada import dari negara luar,” katanya menerusi kenyataan di aplikasi X hari ini.

Menurutnya, kita harus sentiasa meningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian tanpa bergantung sepenuhnya kepada keluasan tanah.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pertanyaan di Dewan Rakyat menyatakan kerajaan bercadang mengaplikasikan kaedah pertanian dilaksanakan di Sekinchan, Selangor yang terbukti telah meningkatkan produktiviti pengeluaran padi, di beberapa negeri seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI