fbpx

Isteri dituduh, baling iPhone 13 Pro Max terkena kepala suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorng isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan suaminya dengan menggunakan telefon bimbit pada Sabtu lalu.

Tertuduh, Mas Suri Abdul Rahman, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Wanita itu didakwa mencederakan suaminya yang berusia 39 tahun menggunakan telefon bimbit iPhone 13 Pro Max berwarna putih pada pukul 1.30 tengah hari di sebuah rumah di Bukit Citra Residensi, Nilai dekat sini pada 1 Februari lalu.

Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, wanita tersebut membaling gajet itu sebelum terkena kepala suaminya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Februari. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI