fbpx

Dua lelaki dicekup, tak sempat jual 625 kg belut seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian belut seludup yang dirampas di dalam sebuah trak pikap di pangkalan haram Simpangan, Tumpat kelmarin. -Foto PGA

TUMPAT – Dua lelaki tidak sempat meraih keuntungan hasil jualan sebanyak 625 kilogram (kg) belut bernilai RM18,750 yang dipercayai diseludup dari Thailand selepas trak pikap yang dinaiki mereka ditahan di pangkalan haram Simpangan di sini kelmarin.

Kedua-dua lelaki itu ditahan kira-kira pukul 11 malam semasa anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, anggota PGA mengesan pergerakan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan pangkalan haram tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam kenderaan itu membawa kepada penemuan sebanyak 25 guni berisi 625 kg belut.

“Rampasan kesemua belut itu dianggarkan bernilai RM18,750. Kedua-dua suspek dan barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor di sini dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI