fbpx

Pihak cadang singkir MCA bermimpi di siang hari – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid di Dewan Rakyat hari ini. FOTO JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) memaklumkan tiada sebarang perbincangan dilakukan mana-mana pihak untuk menyingkirkan MCA daripada komponen itu.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN mempunyai komitmen jitu dalam mengekalkan rakan parti termasuk MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta parti bersekutu Friends of BN.

Malah katanya, BN juga tidak pernah terpengaruh dengan sebarang desakan untuk menyingkirkan mana-mana parti komponen.

“Tidak pernah (berlaku perbincangan), hanya mereka yang bermimpi di siang hari saja yang mencadangkan itu berlaku,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Inap Desa di Parlimen, hari ini.

Sebekum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong membuat mendedahkan bahawa ‘orang luar’ tertentu sudah mencadangkan agar UMNO menyingkirkan partinya daripada BN.

Sehubungan itu, Ka Siong berkata, MCA kini sedang menunggu keputusan UMNO berkaitan cadangan yang diutarakan oleh pihak tidak mempunyai kaitan dengan BN itu.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu juga mengkritik sebahagian orang yang tidak pernah menjadi sebahagian dari BN tetapi kini menikmati hubungan rapat dengan UMNO. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI