fbpx

Kertas siasatan Paijang siap, dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAIJANG (kanan) menunjukkan parut luka akibat dipukul sambil diperhati isterinya, Faridah Abdul Karim di rumah mereka di Kampung Mak Chili, Kemaman.

DUNGUN – Polis Terengganu telah melengkapkan kertas siasatan kes pukul melibatkan lelaki orang kelainan upaya (OKU) mental yang dipukul di Pasar Pagi Padang Astaka, Kemaman pada 17 Januari lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kertas siasatan tersebut akan dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya pada esok.

“Laporan perubatan (mangsa) sudah kita perolehi. Esok kertas siasatan tersebut akan dipulangkan semula kepada Pejabat Pendakwa Raya.

“Kita akan menunggu arahan selanjutnya (daripada Pejabat Pendakwa Raya),” katanya merasmikan Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) Kontinjen Terengganu cawangan Dungun di sini hari ini.

Setakat ini, enam individu berusia 18 hingga 60 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Mohd. Khairi berkata, setakat ini, kes melibatkan Ahmad Nor Faizan Jusoh, 47, atau Paijang tersebut masih disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kertas siasatan melibatkan seorang pempengaruh yang ditahan 26 Januari lalu didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan di media sosial berhubung kes sama juga hampir siap.

“Kita hanya menunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk melengkapkan kertas siasatan itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI