fbpx

Pemergian Kamarudin kehilangan besar buat UMNO – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan takziah yang dimuat naik di akaun Facebook Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan pemergian Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamarudin Abdullah, sebagai satu kehilangan besar buat parti dan rakyat negeri itu.

Dalam hantaran di Facebook, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pagi tadi dan banyak berjasa kepada UMNO serta masyarakat.

“Saya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan soleh dan beroleh jannahNya,” katanya hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Kamarudin meninggal dunia di kediamannya, awal pagi tadi.

Allahyarham berusia 73 tahun meninggal dunia pukul 6 pagi di sisi keluarga akibat penyakit kanser paru-paru yang dihadapinya sejak lapan tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI