fbpx

‘Along mungkin salah di mata orang ramai termasuk saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Afreena memohon orang ramai tidak melemparkan kritikan melampau terhadap suaminya, Along Cham.

PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi meminta orang ramai berhenti melemparkan kata-kata negatif terhadap suaminya susulan kemelut rumah tangga mereka ketika ini.

Menurut Afreena, perkara tersebut merupakan permintaan terakhirnya dan menegaskan Along memiliki reputasi yang perlu dijaga.

“Walau apapun berlaku ketika ini dan apa sahaja yang akan terjadi pada masa akan datang, tolong berhenti bercakap buruk tentang suami saya.

“Dia memiliki maruah dan reputasi. Jangan jatuhkan dia. Membaca komen negatif melukakan dan menghancurkan hati saya serta suami,” katanya dalam Instagram hari ini.

Tambah Afreena, meskipun Along dilihat seperti bersalah pada mata masyrakat, tetapi tetap tidak seharusnya dihukum sesuka hati oleh masyarakat.

“Dia mungkin salah di mata orang ramai termasuk saya.

“Namun, siapa anda untuk berbicara tentang seseorang yang tidak dikenali secara peribadi,” ujarnya.

Katanya, dia akan terus mempertahankan rumah tangga yang dibina selain menganggap semua yang berlaku adalah ujian Allah SWT.

“Saya juga melakukan kesilapan yang membawa kami kepada situasi hari ini.

“Kami berdua tidak sempurna, memulakan perjalanan yang indah, suka duka, susah dan senang hanya kami berdua yang tahu.

“Kami hancur bersama dan sembuh bersama. Kami hampir berpisah dan memilih untuk bertahan kerana percaya itu ini adalah ujian besar Allah,” ujarnya.

Meski rumah tangga dilanda badai dan dilempar dengan pelbagai tohmahan sebelum ini, Afreena tetap bersyukur kerana dikurniakan Along sebagai suaminya.

“Hubungan kami sangat terdedah dan hanya Allah yang tahu apa yang berlaku. Namun, saya bersyukur kerana Allah mengutus awak, suami tersayang.

“Tiada apa yang boleh saya ucapkan selain terima kasih kerana menjadi lelaki yang hebat dan bapa yang baik, sayang awak.

“Awak adalah pengalaman yang tidak ternilai bagi saya. Semoga Allah permudahkan urusan kami berdua selepas ini,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mengesahkan akan memfailkan lafaz cerai taklik kepada Afreena sehari selepas keluar dari penjara dengan ikat jamin ekoran kes berkaitan dadah dihada­pinya.

Along berkata, tindakan itu diambil selepas mendakwa Afreena sudah melanggar tiga perjanjian taklik yang dipersetujui sebelum ini.

Antara taklik yang dilanggar Afreena ialah tidak patuh dan membelakangkan suami. Dakwa Along, dia sepatutnya memfailkan lafaz cerai taklik itu di mahkamah pada 16 Disember tahun lalu, tetapi malangnya ditahan dua hari sebelum itu atas dakwaan memiliki dadah.

Along juga tidak menafikan wujud orang ketiga dalam permasalahan rumah tangga mereka. Akuinya, dia juga tidak me­nyangka rumah tangga yang dibina selama sembilan bulan itu berdepan masalah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI