fbpx

Fokus atasi tohmahan, persepsi negatif tentang ATM – Panglima ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nizam

KUALA LUMPUR – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar tidak menolak kemungkinan wujudnya tohmahan yang direka serta persepsi negatif terhadap ATM menerusi media sosial.

Sehubungan itu, beliau akan memberi keutamaan dan memastikan persepsi terhadap ATM bertambah baik di bawah pimpinannya.

“Tohmahan pada masa ini seperti dunia tanpa sempadan, kami akan buktikan apa-apa tohmahan tidak benar,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Mula Tugas dan Ucaptama Panglima Angkatan Tentera ke-23 di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Katanya, pengendalian persepsi dalam kalangan anggota dan masyarakat akan dapat ditangani melalui pembuktian berdasarkan usaha dan khidmat ATM yang memberi impak.

“Keutamaan saya adalah mengurus persepsi, pelbagai persepsi mengenai ‘Who you are (ATM), where you are dan background’. Persepsi ini yang perlu kita lihat dan perlu kita perhalusi dan urus sebaik mungkin.

“Kalau kita tengok di media sosial ada yang tertanya-tanya ada yang kurang informasi ini yang kita buat, kita jelaskan apa yang kita buat dan siapa kita dengan hala tuju yang boleh lebih diperjelaskan,” katanya.

Tambah Mohd. Nizam, dalam usaha mengatasi persepsi negatif dan fitnah di media sosial, hebahan maklumat mengenai usaha-usaha ATM perlu dipertingkatkan terutama dengan bantuan media.

“Sebab itu interaktif bersama media itu sangat penting. Kami akan adakan kajian pelaksanaan, impak suatu pelaksanaan itu apa.

“Terlalu banyak isu dimainkan kadang kala isu itu tidak wujud pun dan sengaja digembar-gemburkan untuk lihat reaksi kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI