fbpx

ATM bakal adakan sesi townhall dengar, bincang tuntutan veteran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nizam ketika sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Mula Tugas dan Ucaptama Panglima Angkatan Tentera ke-23 di Wisma Pertahanan Kuala Lumpur, hari ini.- Foto oleh ISKANDAR ISHAK/ KOSMO!

KUALA LIMPUR – Sesi townhall akan diadakan bersama golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mendengar serta membincang segala bentuk tuntutan golongan berkenaan mengikut keperluan semasa.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar berkata, townhall itu juga akan menjadi platform untuk ATM memberi penjelasan berkenaan insiatif semasa Kementerian Pertahanan untuk membantu golongan veteran.

“Dalam sesi ini kami akan mendengar apa yang ingin diutarakan dan kami akan memaklumkan inisiatif terkini yang kami ada dan menjelas, merungkaikan masalah.

“Mungkin selama ini pendekatan secara terus itu tidak berlaku menyebabkan terlalu banyak rungutan di luar seolah-olah kami tidak peka langsung dengan rintihan yang disuarakan veteran. Jadi sesi ini ‘once for all’ (demi) memastikan mesej yang ingin disampaikan jelas dan mendengar apa ingin mereka suarakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Mula Tugas dan Ucaptama Panglima Angkatan Tentera ke-23 di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Nizam, pendekatan yang diambil pihaknya itu akan memudahkan usaha penerangan diberikan secara langsung kepada golongan veteran ATM.

Katanya, beliau akan mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM untuk melaksanakan sesi townhall berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI