fbpx

Sultan Ibrahim berkenan hadir Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-268

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-268 yang berlangsung di Istana Negara, hari ini. -Foto Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

PETALING JAYA – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-268 yang berlangsung di Istana Negara, hari ini.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, mesyuarat berkenaan diadakan sebagai persiapan sebelum MRR Ke-268 yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok.

Mesyuarat kali ini akan dipengerusikan oleh Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Turut berangkat ke majlis tersebut Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI