fbpx

‘Buat masa sekarang, saya tak tahu Yassin sihat atau sebaliknya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yassin (berbaju merah jambu) sendiri tidak mengetahui keberadaan Yassin buat masa sekarang.

PETALING JAYA – Kumpulan Senario berharap orang ramai tidak terus melemparkan tuduhan dan spekulasi kurang tepat mengenai salah seorang anggotanya, Yassin yang kini keberadaannya masih menjadi tanda tanya umum.

Menurut Wahid, Senario tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut bagi menghormati pihak keluarga sebaliknya meminta orang ramai terus menitipkan doa buat Yassin.

“Bukan tak mahu beri kenyataan tetapi semua ini membabitkan Yassin dan keluarga. Lebih baik kita termasuk peminat dan netizen menghormati situasi ketika ini.

“Sebagai rakan, jika isterinya suruh sekali pun, kami tetap mendiamkan diri. Jadi, doakan yang terbaik, bukannya buat spekulasi bukan-bukan. Ini semua kerja Allah SWT,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Tambah Wahid, semua yang berlaku mempunyai hikmah dan dia yakin akan wujud sinar baharu buat Yassin satu hari nanti.

“Apa yang berlaku semuanya sudah tertulis. Saya percaya akan ada sesuatu yang baik akan berlaku selepas sapa yang Yassin lalui hari ini.

“Kita pernah lihat ramai yang pernah dihina, akhirnya dapat kemewahan, pangkat, darjat dan sebagainya. Moga Yassin juga begitu.

“Hari ini mungkin Yassin susah, tapi insya-Allah ada benda baik untuknya,” katanya lagi.

Berkongsi impak ketiadaan Yassin ketika ini, Wahid atau nama sebenarnya, Abdul Wahid Mohamad mengakui sangat terkesan kerana menyifatkan sahabatnya itu sumber rezeki buatnya.

“Dia adalah sumber rezeki Senario. Tawaran rezeki kami melimpah ruah ketika Yassin ada.

“Yassin rajin mencari ‘show’. Saya pula hanya tahu balik Ipoh, Perak dan tidur. Cukup masa, Yassin akan hubungi beritahu ada show dan kami sertai sahaja.

“Yassin dan Azlee banyak dapatkan undangan persembahan. Kalau Azlee dan Yassin tiada, mungkin Senario pun tiada kerja sebab anggota lain semuanya pemalu,” tuturnya.

Mengulas kesihatan Yassin, Wahid berkata, dia tidak boleh memberikan jawapan kerana tidak dapat menghubunginya.

“Buat masa ini, kami tak pasti Yassin sihat atau tidak. Kami tidak berhubung dengannya,” katanya.

Sementara itu, Wahid menasihatkan netizen tidak berfikiran bukan-bukan mengenai Yassin, sebaliknya doakan yang baik-baik.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak ditahan di Jeddah selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja, namun tidak mendedahkan identitinya.

Pelawak itu dilaporkan sedang menjalani tempoh hukuman penjara selama enam bulan di negara tersebut. Hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya, November lalu.

Difahamkan, pelawak berkenaan dijangka dibebaskan lebih awal daripada tempoh ditetapkan sekiranya berkelakuan baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI